Wednesday 15 May 2013

Brothers _ Teman Sejati

Hanya Tuhan Yang Tahu - UNIC

CALLED OF JIHAD-WHERE ARE WE?


Sabda Nabi SAW,

"Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun terpaksa merangkak di atas salji." (Al-Hafiz Abu Nuaim)

Kata Sayidina Ali KMW,

"Maka Allah Azza wa Jalla menghimpunkan sahabat-sahabatnya (tentera al-Mahdi yang dipanggil Ikhwan) seramai tentera-tentera Badar dan seramai tentera Talut, iaitu 313 orang lelaki, seolah-olah mereka itu singa-singa jantan yang keluar dari hutan. Hati mereka itu ibarat kepingan-kepingan besi. Kalau mereka berkehendak untuk memindahkan gunung, nescaya akan mereka lakukan. Pakaian mereka sejenis dan seolah-olah mereka itu dari satu ibu dan satu ayah."

Dari Ibnu Umar RA katanya, Rasulullah SAW ditanya oleh para sahabat RA,

"Apakah ada orang yang beriman kepadamu sedangkan mereka tidak pernah melihatmu dan membenarkan ajaranmu sedangkan mereka tidak pernah melihatmu?" Baginda SAW menjawab, "Mereka itu adalah Ikhwanku dan mereka bersama-samaku. Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku dan beruntung juga mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku." (diulang 3 kali).
(Muslim)

Rasulullah SAW, ada menyebutkan mengenai Ikhwan ini yang maknanya kira-kira begini:

"Apabila azan sang muazin, berserulah dia, 'Asyhaduan Lailahaillallah', (ketika itu) bergoncanglah syurga. Sangatlah rindunya para bidadari dan bertambah-tambah rindunya lagi mereka akan Rasulullah SAW. Begitu juga segala mahligai syurga dan segala bilik peraduannya (bergoncang-goncang kerana) amat rindu kepada Rasulullah SAW. Kemudian Rasulullah SAW itu pula, selain rindunya yang bersangatan kepada syurga, juga tersangat rindu kepada suatu toifah dari kalangan umatnya yang akan keluar pada akhir zaman nanti. Mereka itu berakhlak dengan akhlak nabi-nabi dan mengambil perjalanan yang ditempuh oleh para siddiqin. Mereka ini adalah ghurabak (orang-orang asing) di kalangan umum mukminin."

Tuesday 2 April 2013

KOLEKSI HADIS



KOLEKSI HADIS UNTUK RENUNGAN

IMAM HAHADI
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.
Dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a. katanya: Rasulullah s.a.w., bersabda:
"Mahadi itu dari keturunanku, dahinya luas, hidungnya mancung; ia akan memenuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan, sebagaimana bumi sebelum itu penuh dengan kezaliman dan kecurangan; ia memerintah selama tujuh tahun."
(Abu Daud)

KIAMAT
Dari Huzaifah r.a., dari Nabi s.a.w. sabdanya:
"Tidak akan berlaku saat qiamat sehingga orang yang tidak tentu saka bakanya, yang buruk akhlaknya dan yang bodoh bebal, menjadi sebahagia-bahagia manusia dengan kesenangan dunia. "
(Tirmizi dan Imam Ahmad)

KUBUR
Dari `Uthman bin `Affan, r.a, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya kubur ialah tempat perhentian yang pertama dari tempat-tempat perhentian alam akhirat, oleh itu jika seseorang terselamat dari huru hara azabnya, maka huru hara di tempat-tempat yang lain lebih ringan lagi kepadanya; dan jika ia tidak terselamat dari yang tersebut, maka huru hara di tempat-tempat yang lain lebih berat lagi
(Tirmizi dan Ibn Majah)

AMAL SOLEH
Dari Jabir r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya:
"Sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan taatkan Allah beramal salih, maka ia dibangkitkan oleh Allah hidup kembali dengan keadaan yang menyukakannya; dan sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan derhaka kepada Allah, berbuat jahat, maka ia dihidupkan kembali dengan keadaan yang mendukacitakannya".
(Muslim dan Ibn Majah)

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya:
"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka; dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."
(Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)


SYAITAN
Dari Abu Zar, r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. memerintahkan daku dengan bersabda: "Hendaklah engkau memohon perlindungan Allah daripada angkara syaitan-syaitan manusia dan jin" Aku pun meminta penjelasan Baginda s.a.w. dengan berkata: "Ya Rasulullah, adakah manusia juga menjadi syaitan-syaitan." Baginda menjawab: "Ya benar! ".
(Imam Ahmad, Ibn Marduwaih dan al-Baihaqi)

PAHALA
Dari Abu Umamah r.a., katanya: "Seorang lelaki telah datang mengadap Rasulullah s.a.w., lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Bagaimana hukum seseorang yang pergi berperang untuk mencari pahala dan nama yang terpuji, apa yang akan didapatinya?" 
Maka Rasulullah s.a.w. (menyatakan kepadanya dengan) bersabda: "Orang itu tidak beroleh sebarang pahala"; Si penanya mengulangi pertanyaannya tiga kali dan Rasulullah s.a.w. pula tetap menjawab: "Orang itu tidak beroleh sebarang pahala"; akhirnya Baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah `Azza wa Jalla tidak menerima sebarang amal melainkan yang dikerjakan untukNya semata-mata dan dengan tujuan untuk mendapat keredhaanNya."
( Abu Daud dan An-Nasa'i)

ILMU
Dari Ka'ab bin Malik ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya:
"Sesiapa yang menuntut ilmu, dengan tujuan bermegah-megah menandingi alim ulama dengan ilmunya itu, atau dengan tujuan bertengkar dan bertegang urat dengan orang-orang yang jahil dengan ilmunya itu, atau pun dengan tujuan menarik dengan ilmunya itu perhatian orang ramai memujinya, nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam neraka. "

Dari Zaid bin Thabit r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya:
"Semoga Allah menyerikan wajah dan memperelokkan keadaan orang yang mendengar dari kami sebarang hadis lalu ia memeliharanya (dengan ingatannya atau dengan tulisannya), supaya ia dapat menyampaikannya (kepada orang lain); - kerana boleh jadi ada pembawa sesuatu hadis hukum kepada orang yang lebih faham daripadanya dan boleh jadi juga pembawa sesuatu hadis hukum itu, ia sendiri bukanlah seorang yang memahaminya."
(Tirmizi dan Abu Daud)

Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang ditanyakan kepadanya mengenai sesuatu ilmu (agama), lalu ia menyembunyikannya nescaya Allah mengekang mulutnya dengan kekang dari api neraka, pada hari qiamat kelak."
( Abu Daud dan Tirmizi)

Sabda Rasulullah s.a.w : Maksudnya :
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya : Sabda Rasulullah s.a.w “Sesiapa yang mengumpulkan harta daripada punca haram kemudian dia sedekahkan harta itu,dia tidak akan mendapat pahala,bahkan dosa yang akan menimpanya”
(Riwayat Ibnu Khuzaimah,Ibnu Hibban dan Al-Halim)

TAUBAT
Dari Ibnu Mas'ud, r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya:
"Tidak digalakkan adanya perasaan iri hati melainkan kepada dua keadaan: (Pertama) keadaan orang yang dikurniakan Allah harta benda, serta menjadikannya menguasai dirinya menghabiskan hartanya itu pada perkara kebajikan yang sebenar-benarnya; dan (kedua) keadaan orang yang dikurniakan Allah ilmu pengetahuan agama, lalu ia beramal dengannya dan mengajarkannya."
(Bukhari, Muslim dan Tirmizi)

Rasulullah SAW telah bersabda:
“Setiap anak Adam (manusia) mempunyai salah (dosa), dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah mereka yang bertaubat.”
[HR. at-Tirmidzi dan Ibnu Majah] (‘Atha, 1993).





SYRIA: PELANTIKAN GHASSAN HITTO DAN PEMBUNUHAN SYEIKH SAID RAMADAN AL-BUTI





HIZBUT TAHRIR MALAYSIA



BIL: SN344 17 JAMADIL AWAL 1434H / 29 MAC 2013
SYRIA: PELANTIKAN GHASSAN HITTO DAN PEMBUNUHAN SYEIKH SAID RAMADAN AL-BUTI
Bismillahirrahmanirrahim
Kerajaan Peralihan Ghassan Hitto: Salah Satu Rangkaian Konspirasi Amerika Terhadap Revolusi Di Syria Untuk
Mempertahankan Pemerintahan Agar Tetap Berada Di Tangannya Dan Merupakan Projek Fitnah Untuk Menghentam Para
Revolusioner Islami Di Dalam Negeri Dan Menjadi Perahu Penyelamat Untuk Bashar Si Penyembelih
Di tengah-tengah perbezaan pendapat yang terjadi antara para anggota Syrian National Coalition (SNC) sehingga menyebabkan sebahagian
mereka berjalan keluar dari mesyuarat sebelum berlakunya pemilihan suara, sebagai tanda protes atas apa yang mereka sifatkan sebagai
usaha terburu-buru yang didukung dari luar negeri untuk memilih Hitto. Ahli-ahli SNC yang berkumpul pada 18 dan 19 Mac 2013 di Retaj Royale
Hotel, Istanbul telah memilih seorang warga Amerika berdarah Syria, Ghassan Hitto, untuk memimpin pemerintahan peralihan. Diumumkan
bahawa dia akan mentadbir “daerah-daerah yang dibebaskan” dari dalam. Dia akan mengisi kekosongan pemerintahan di daerah-daerah
tersebut kerana “kelompok bersenjata dan tokoh-tokoh masyarakat, tokoh-tokoh agama atau tentera tidak boleh mentadbirnya.” Hitto mendapat
sambutan hangat dari Amerika sebagaimana diungkapkan oleh jurucakap luar negeri AS, Victoria Nuland, kepada para wartawan, “pegawaipegawai
Amerika mengenali dan menghormati Ghassan Hitto.” Victoria menambahkan pujiannya, “dia adalah seorang individu yang, kerana
keperihatinannya terhadap nasib rakyat Syria, sanggup meninggalkan kehidupannya yang sangat baik di Texas dan pergi untuk menghulurkan
bantuan kemanusiaan kepada orang-orang di negerinya.” New York Times menggambarkan yang “Hitto adalah warga Amerika yang terpilih
sebagai perdana menteri kerajaan peralihan untuk Revolusi Syria”.
Ini membawa kita kepada apa yang dinyatakan oleh Menteri Luar AS, John Kerry, hanya seminggu sebelum itu pada 13/3/2013, “kami ingin
melihat Assad dan pembangkang Syria bertemu di meja rundingan untuk mencipta kerajaan peralihan berdasarkan kerangka kerja yang
ditetapkan di Geneva”. Kerry seterusnya mengatakan, “Pembangkang Syria juga harus bekerjasama untuk hadir ke meja rundingan dan kami
sedang berusaha ke arah itu dan kami akan terus melakukannya.” Dengan semua ini, jelaslah bahawa Hitto ini adalah pilihan Amerika untuk
menjalankan agenda Amerika di Syria. Boleh dianggap bahawa dari satu sisi, bagi Amerika, pilihan ini merupakan langkah persiapan untuk
rundingan dengan sang penyembelih abad ini, Bashar al-Assad. Di sisi lain, ini merupakan projek untuk menarik (merampas) revolusi dan
menggugurkan orientasi Islaminya di mana ketakutan Barat terhadapnya semakin bertambah hari demi hari. Barat menjadikan hentaman dan
penghancuran terhadap orientasi Islami revolusi Syria sebagai keutamaan paling tinggi dan menjadi syarat mendasar untuk memberi bantuan
kepada para parasit revolusi di antara anggota-anggota SNC.
Bagi menjayakan projek ini, Hitto akan bekerjasama dengan siapa jua
yang bersetuju dengan perancangan Barat, memasarkannya melalui
media massa dan akan bekerja untuk menghentam para revolusioner
yang memiliki orientasi Islami dengan dalih ekstremisme dan
terrorisme. Kerana itu, pemerintahan peralihan ini hanya akan
mengusung projek fitnah di dalam negeri dan pemerintahan ini
merupakan satu rangkaian konspirasi internasional terhadap revolusi
yang penuh keberkatan di bumi Syria, sekali gus menjadi perahu
penyelamat untuk Bashar dan kelompok jahatnya dari lingkaran yang
kini sedang menekan mereka. Tidak keterlaluan untuk dikatakan
bahawa pemilihan Hitto akan diiringi dengan penggunaan senjata
kimia oleh si penyembelih terhadap orang-orang yang tak berdosa
dalam rangka untuk menutup penolakan terhadap Hitto yang dijangka
akan muncul, sebagai jalan untuk menyibukkan masyarakat dengannya
(bertujuan untuk mengalihkan isu). Selain menekan masyarakat
dengan kejahatan-kejahatan, ia juga akan memaksa masyarakat,
secara tersirat, untuk menerima pemilihan ini. Tidak mustahil sekiranya
Barat akan menggunakan isu penggunaan senjata kimia sebagai
justifikasi campur tangan antarabangsa bagi mendukung
pemerintahan peralihan yang ditawarkan, sebagai usaha untuk
menghadapi pergerakan Islam yang benar di Syria.
Wahai kaum Muslimin yang beriman lagi bersabar di Syria-Syam!
Begitulah dengan biadab dan hinanya, SNC di bawah pimpinan Ahmad
Muadz al-Khatib mengkhianati darah para syuhada’, mengkhianati
orang-orang yang masih hidup dan yang sudah terkorban dan lebih
dari segala-galanya, mengkhianati Allah, RasulNya, agamaNya dan
orang-orang yang beriman. Sudah banyak pengkhianatan yang
dilakukan oleh SNC ini dan pemimpinnya meskipun usia
penubuhannya masih baru. Pemimpinnya dikatakan dipilih atas dasar
populariti yang menyebabkan kita tertanya-tanya, apakah sandaran
populariti yang mereka gunakan kerana pemilihan para pemimpin
SNC ini bukanlah datang dari masyarakat Syria! Mereka juga tidak
membawa pemikiran dan aspirasi masyarakat! Sebaliknya, mereka
ini dicetak di koridor perisikan dan di belakang pentas-pentas kedutaan.
Sebahagian besar dari mereka tidak dikenali - seperti Ghassan Hitto
ini. Disebutkan bahawa dia merupakan pengarah eksekutif sebuah
firma teknologi komunikasi Amerika - ‘Inovar’- di Texas selama 11 tahun,
tetapi telah meninggalkan jawatannya pada bulan November yang lalu
dan datang “untuk bergabung ke dalam revolusi Syria”, seperti yang dia
nyatakan sendiri.
Tambahan lagi, sebahagian besar dari mereka berfikiran sekular. Hitto
menyebutkan bahawa dia turut serta dalam mendirikan “Syrian
Independent Coalition” di AS dan menjadi timbalan ketua sejak 2011.
Tujuan gabungan ini adalah untuk “mendukung harapan rakyat Syria
dalam merealisasi kebebasan, keadilan, kebebasan sivil dan
penghormatan terhadap undang-undang.” Meskipun dia dikatakan
sebagai seorang yang Islami, seperti Ahmad Muadz al-Khatib atau
dikatakan bahawa ada organisasi yang Islami di belakang orang yang
dipilih ini, sesungguhnya “Islami”nya mereka ini adalah “Islami” menurut
gaya Barat (western-style). Mereka hidup di bawah sistem Barat yang
kufur dan mempertahankannya dan keberadaan mereka hanyalah akan
mengubah ‘individu’ yang memerintah tetapi bukannya sistem
pemerintahan. ‘Islami’ inilah yang kita telah dan sedang saksikan di
Mesir dan Tunisia, di mana keIslaman mereka ini lebih ‘diambil kira’
berbanding yang lain.
Wahai para revolusioner di bumi Syam pusat Darul Islam!
Sesungguhnya pembentukan National Council sebelumnya, lalu diikuti
dengan SNC dan kemudian pemerintahan peralihan sekarang ini,
kesemuanya terjadi jauh dari kalian. Barat berusaha “memaksakan”
hal-hal tersebut ke atas kalian melalui cara yang keji, dipintal sedemikian
rupa untuk memperdaya kalian, sebagai “penyelesaian” yang
sebenarnya tiada perbezaan pun dengan rejim Bashar kecuali sedikit
sahaja. Sesungguhnya mereka itu langsung tidak mewakili kalian,
sebaliknya hanya mewakili orang yang “melahirkan” mereka. Justeru,
kalian wajib menolak mereka secara total. Mereka mengusung panji
Sykes-Picot dan menolak untuk mengusung panji Rasulullah SAW.
Mereka ingin menegakkan negara sivil sekular dan menolak untuk
menegakkan Daulah al-Khilafah al-Islamiyah yang diperintahkan oleh
syarak. Mereka mengemis kepada negara-negara kafir Barat walhal
Islam mengharamkan hal itu dan mewajibkan kaum Muslimin
seluruhnya menjadi satu tangan melawan musuh mereka.
Apa yang sangat menghairankan ialah adanya kaum Muslimin di Syria
yang menerima kewujudan para parasit itu di tengah-tengah mereka,
Tiada hakcipta dalam Islam. Penyalinan semula artikel ini amat dialu-alukan. Semoga usaha anda dapat mengembangkan
dakwah Islam dan diredhai Allah SWT. Jika anda ingin bergabung bersama HTM, sila hubungi 03-8920 1614.
Sebarang pertanyaan dan komen, sila e-mailkan kepada htm@mykhilafah.com atau layari www.mykhilafah.com
Nasyrah Mingguan
Hizbut Tahrir
MALAYSIA
malah mendengar kata-kata mereka. Kaum Muslimin harus sedar
bahawa menerima untuk berinteraksi dengan mereka adalah
bermaksud mengukuhkan kedudukan Amerika di Syria, membantu
Amerika menghancurkan revolusi kaum Muslimin dan memungkinkan
Amerika menabur fitnah di dalam negeri Syria…Kaum Muslimin
seharusnya mengetahui bahawa Allah SWT yang Maha Mendengar
lagi Maha Mengetahui akan menghisab setiap amal sekecil mana sekali
pun dan balasannya adalah sama ada syurga atau neraka…Jika kalian
menghendaki jalan keluar, maka sesungguhnya tidak ada jalan keluar
bagi kalian kecuali dengan penegakan Daulah al-Khilafah ar-Rasyidah
yang akan mampu menghadapi konspirasi internasional terhadap
kalian; jika kalian menghendaki kemenangan, maka sesungguhnya
tidak ada kemenangan untuk kalian kecuali melalui Daulah al-Khilafah
ar-Rasyidah; jika kalian menginginkan kemuliaan, maka sesungguhnya
tidak ada kemuliaan kecuali dengan Islam dan melalui Islam.
Begitulah generasi awal kalian, Rasulullah SAW dan para sahabat
baginda yang mulia ridhwanullah ‘alaihim. Maka teladanilah baginda
seperti yang dituntut oleh Allah SWT melalui firmaNya, “Sesungguhnya
telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu)
bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari
kiamat dan dia banyak menyebut Allah [TMQ al-Ahzab (33):21]. Dan
Firman Allah SWT, “Sesungguhnya telah ada suri teladan yang baik
bagimu pada Ibrahim dan orang-orang yang bersama dengannya;
ketika mereka berkata kepada kaum mereka: “Sesungguhnya kami
berlepas diri daripada kamu daripada apa yang kamu sembah selain
Allah, kami ingkari (kekafiran)mu dan telah nyata antara kami dan
kamu permusuhan dan kebencian buat selama-lamanya sampai
kamu beriman kepada Allah sahaja [TMQ al-Mumtahanah (60):4].
Ini adalah seruan Rasul kalian dan seruan datuknya, Saidina Ibrahim
dan orang-orang yang bersama mereka, maka apakah kita benar-benar
bersama mereka?
Hizbut Tahrir Wilayah Syria
8 Jamadil Awal 1434H / 20 Mac 2013M
————————————————————————————————
Akhirnya, Syeikh Ramadan al-Buti, Pendukung Rejim
Assad, Menemui Ajal Di Masjidnya…Dan Rejim
Sesungguhnya Tidak Jauh Dari Jenayah Ini, Maka Ambil
Iktibarlah Wahai Orang-Orang Yang Mempunyai
Penglihatan
Pada 21 Mac 2013, Syeikh Said Ramadan al-Buti dan 40 yang lain telah
terbunuh manakala 80 lagi cedera, menurut dakwaan Ikhbariyya News
Channel yang terkenal dengan penipuan dan kejahatannya. Letupan
berlaku di Masjid Iman, dalam kota purba Mazra’ah, Damsyik, semasa
beliau menyampaikan kuliah mingguannya. Seperti mana biasa,
saluran-saluran rasmi Syria bergegas ke tempat kejadian dan pihak
keselamatan menghalang semua media lain dari membuat liputan
atau mengambil gambar kerana ingin mengawal maklumat dan
tuduhan-tuduhan walaupun liputan Ikhbariyya menuding jari kepada
negara. Ini kerana, kerusi besar di mana sang syeikh duduk memberi
kuliahnya serta kawasan sekitarnya hanya rosak sedikit sahaja,
manakala darah dan serpihan anggota badan tertumpu di bahagian
tengah masjid. Liputan juga menunjukkan adanya kasut-kasut yang
tercampak di tengah-tengah kejadian berdarah itu walhal umum
mengetahui bahawa kaum Muslimin tidak akan memakai kasut di dalam
masjid. Jadi, bagaimanakah kasut-kasut para pelajar yang hadir dalam
kuliah Syeikh al-Buti boleh bertaburan di sana-sini?
Ini belum lagi melihat kepada betapa ketara “bersihnya” letupan yang
terjadi di mana dinding-dinding, tiang-tiang dan mimbar masjid
langsung tidak rosak atau tercalar dan tidak ada satu pun hiasan dinding
atau lampu yang pecah! Mayat Syeikh al-Buti tidak dibenarkan untuk
dilihat oleh sesiapa walaupun mayat itulah sebenarnya merupakan
“bukti” yang paling penting untuk mengetahui apa yang sebenarnya
terjadi. Kemungkinan bahawa beliau tidak mendapat kecederaan teruk
atau langsung di masjid kerana kerusi dan kawasan sekitarnya tidak
musnah sebagaimana seharusnya (dalam sebuah letupan), apatah
lagi kamera rejim tidak menunjukkan mayat si syeikh mahupun
bagaimana kecederaan yang dialaminya sehingga membawa
kematian. Memandangkan kita sudah sangat maklum dengan jenayah
dan rekayasa rejim ini, maka kita akan menuduhnya terlebih dahulu
sehinggalah terbukti sebaliknya, apatah lagi dengan begitu banyaknya
rekod pembunuhan yang dilakukannya ke atas penyokongnya sendiri.
Nampaknya Bashar saling tak tumpah dalam mengikuti rekod bapanya
yang dah mati kerana belajar darinya.
Wahai kaum Muslimin di Syria-Syam! Kalian sesungguhnya amat
mengetahui akan kejahatan rejim ini dan kalian merupakan saksi-saksi
terhadap tindakannya yang begitu jelas terpampang sehinggalah yang
membawa kepada rekayasa yang terbaru ini. Letupan di al-Qazzaz dan
pengeboman-pengeboman kereta yang berlaku, semua ini terjadi tidak
jauh dari kalian. Sesungguhnya Bashar adalah pemimpin yang gagal
dan penjenayah yang nyata. Allah SWT telah mendedahkannya di
hadapan rakyatnya sendiri setiap kali dia cuba melakukan sesuatu
tindakan dengan dangkal. Bashar dengan cukup senang membunuh
warganya sendiri kerana jenayah adalah suatu yang sangat senang
baginya. Dia akan membunuh setiap orang sebelum orang itu jatuh
dan dia akan memijak-mijak mereka apabila mereka jatuh. Kekejaman
akan terus dilakukannya selagi ada orang yang taat kepadanya. Maka
tidakkah mereka itu mahu mengambil peringatan dengan apa mereka
saksikan dan membuat keputusan dengan betul?
Wahai kaum Muslimin di Syria yang berada dalam kemenangan Insya
Allah! Kami kesal menerima berita pembunuhan Syeikh Buti dengan
cara ini. Dia telah menjadi pendukung setia rejim keluarga Assad, dari
si ayah sehinggalah kepada si anak. Dia sentiasa mempertahankan
jenayah yang dilakukan oleh Bashar, si penyembelih, dan sentiasa
menghentam mereka yang bangkit menentang Bashar. Hal ini
membuatkan kami “tidak terkata” dengan apa yang dia lakukan,
bagaimana dia boleh mencampur-adukkan ilmunya dengan
sokongannya terhadap rejim?! Kami sentiasa berharap agar dia,
selama lapan dekad hidupnya, mengisytiharkan pendiriannya untuk
memimpin kebenaran sehingga dia akan syahid melawan si diktator –
yang tidak ada perbezaan pendapat tentang kediktatorannya – yang
dengannya, dia akan dapat membersihkan segala rekodnya sebelum
ini. Namun Tuhan kami, “Itu hanyalah cubaan daripadaMu, Engkau
sesatkan (dengan cubaan itu) siapa yang Engkau kehendaki dan
Engkau beri petunjuk kepada siapa yang Engkau kehendaki.
Engkaulah Wali kami, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat
dan Engkaulah sebaik-baik Pengampun” [TMQ al-A’raf (7):155].
Wahai para revolusioner warga Syam, pusat Darul Islam! Tidak ada
perlindungan mahupun keselamatan untuk kita dari Allah, kecuali kita
kembali kepadaNya. Demi Allah! Berapa banyak seseorang Muslim itu
merasakan keteguhan iman, kekuatan dan kemuliaan, apabila ia
mengetahui bahawa Tuhannya ada bersamanya? Berapa banyak
seseorang Muslim itu merasa kekuatan iman apabila mengetahui
bahawa kemenangan itu berada di tangan Allah semata-mata dan
apabila Dia menghendaki, Dia akan mendatangkan penyebabnya.
Sesungguhnya antara penyebab terpenting kemenangan adalah
dengan kita kembali kepadaNya. Jadi, tunailah perintah Allah terhadap
kalian untuk mendirikan Khilafah dan berikan baiah kepada Khalifah
kaum Muslimin. Khalifah akan memuliakan agamaNya dan
meninggikan kalimahNya. Maka, jadilah dari kalangan pejuang dan
pendukungnya. Allah akan menetapkan ketentuanNya kepada manusia
dan seluruh ciptaanNya. Jadi, bersegeralah untuk menyokong dan
memberi baiah (kepada Khalifah) kerana kalian, demi Allah, amat
memerlukannya (Khilafah) lebih dari sebelum-sebelumnya dan yang
terbaik dari kalian adalah orang yang bekerja untuk mendirikannya.
Kalian berhak menjadi seperti golongan Ansar (yang menolong agama)
Allah pada zaman ini dan betapa besarnya kemuliaan menanti kalian
jika kalian berbuat demikian. Allah SWT berfirman, “Katakanlah, ‘Wahai
Tuhan yang mempunyai kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan
kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kekuasaan
dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang
Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau
kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya
Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu” [TMQ Ali Imran (3):26].
Hisham Baba
Ketua Pejabat Media
Hizbut Tahrir Wilayah Syria
10 Jamadil Awal 1434H / 22 Mac 2013M

Wednesday 23 January 2013

NUR KASIH


Bagaikan permata di celahan kaca
Kerdipnya sukar tuk dibezakan
Kepada Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan

Nur kasih Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu

( korus 1 )
Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti dia bidadari

( korus 2 )
Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana keduniaan/( dunia )
Mekar hidup disiram nur kasih

( doa )
Ya Allah kurniakanlah kami isteri
Dan anak yang soleh
Sebagai penyejuk mata

( ulang korus1 & korus 2 )
(Mekar hidup ini disirami nur kasih)

Di tangan-Mu Tuhanku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Rela ku menjadi miliknya

( ulang korus1 & korus 2 )
(Mekar disiram nur kasih)

Nur Kasih oleh In Team