Wednesday 26 September 2012

BOLEH BUAT MAKSIAT,DENGAN SYARAT...

Assalamualaikum WBT...
Dalam kitab al-Tazkirah fi Ahwal al-Mawta wa Umur al-Akhirah oleh Imam al-Qurtubi,diceritakan berkenaan seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk mencari hidayah telah bertemu dengan seorang sufi yang hebat,iaitu Ibrahim Adham.
Beliau bertanya,apakah ada ruang kepada beliau untuk melakukan maksiat.Lalu dijawab oleh Ibrahim Adham :
"Kamu boleh melakukan maksiat dengan syarat :
1. Jangan kamu makan rezeki  ALLAH kerana tidak layak orang yang makan rezeki ALLAH itu derhaka kepada ALLAH.

2. Jangan kamu tinggal dibumi ALLAH kerana tidak layak orang yang tinggal dibumi ALLAH melakukan maksiat dan penderhakaan kepada-Nya.

3. Buatlah maksiat ditempat yang ALLAH tidak nampak akan kamu.

4. Sekiranya Malaikat Maut datang hendak mencabut nyawamu,maka katakanlah kepada Malaikat Maut untuk menangguhkan sedikit masa lagi umurmu supaya engkau sempat bertaubat.Sekiranya engkau dapat melakukan perkara tersebut,maka dipersilakan untuk melakukan maksiat.

5. Sekiranya Malaikat Zabaniah yakni Penjaga Neraka datang hendak mengheretmu kedalam neraka,maka katakanlah kepadanya bahawa kamu tidak akan mengikutinya.Sekiranya engkau dapat berbuat demikian,maka dipersilakanlah untuk melakukan maksiat.

Setelah mendengar kata-kata tersebut,lelaki itu menangis teresak-esak kerana dia sedar bahawa tidak layak bagi seorang hamba ALLAH untuk melakukan maksiat.Akhirnya lelaki itu menemui jalah Hidayah.Dia bertaubat kepada ALLAH SWT dengan bersungguh-sungguh.Sejak itu,dia bersegera menuntut ilmu dan beramal dengannya serta menjadi hamba ALLAH yang soleh.

No comments:

Post a Comment