Saturday 22 September 2012

HADIS-HADIS UNTUK RENUNGAN





Assalamualaikum WBT..Hadis-Hadis adalah untuk Renungan dan Panduan kita jika merasa ragu-ragu tentang satu-satu perkara.Namun ianya juga menerangkan serta mengingatkan kita malah  banyak hukum-hukum agama Islam yang boleh kita rujuk darinya.Janganlah kita membaca sahaja tanpa merenungi maksudnya,kerana setiap Hadis itu sangatlah BERMAKNA.Sesungguhnya ALLAH SWT Maha Mengetahui akan segala yang tersirat didalam setiap jiwa.Mudah-mudahan kita akan mendapat faedah serta pahala dengan merujuk kepada Hadis-Hadis jika kita merenungi setiap bait perkataannya.Insyaallah.

KOLEKSI HADIS UNTUK RENUNGAN


Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: ”Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu serta mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah.” [Riwayat at-Tirmidzi]

Sabda Rasulullah s.a.w: "Permudahlah (segala urusan), jangan dipersulit dan ajaklah dengan baik, jangan menyebabkan orang menjauhi". [HR. Al-Bukhari]


Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan.” [Sahih Bukhari]

Sabda Rasulullah S.A.W :‎"Barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja, maka tempatnya dalam neraka. " (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Ad Darimi, Abu Daud, Ibnu Majah, Tirmizi,. Abu Ha'nifah, Tabrani, dan Hakim).


Sabda Rasulullah S.A.W: ”Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain.” (HR al-Bukhari)


Sabda Rasulullah S.A.W: “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulin. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran." (Riwayat Ahmad)


Rasulullah S.A.W bersabda:“Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.” (Riwayat Muslim)

Rasulullah S.A.W bersabda: "Kelak akan menimpa umatku penyakit umat-umatku terdahulu, iaitu penyakit sombong, kufur nikmat, dan lupa diri dalam memperoleh harta dan bermegah-megah dengan harta. Mereka terjurumus dalam jurang kemenangan dunia, saling bermusuhan, saling iri dengki dan dendam sehingga melakukan kezaliman". (Hadith Riwayat Al-Haakim) 


Sabda Rasulullah s.a.w: “Bukanlah (golongan ini) daripada orang beriman yang sempurna imannya : 

orang yang suka mengecam, suka melaknat yang suka bercakap kufur dan yang suka mencarut” [Riwayat Ahmad] 

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) 


Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim) 

Sabda Rasulullah s.a.w : "Barangsiapa yg ingin ditolong Allah saat tertimpa malapetaka dan kesempitan, maka perbanyaklah berdoa di saat lapang (senang)." (HR Tirmidzi) 

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Setiap jasad yang membesar daripada benda-benda yang haram maka api nerakalah yang layak baginya.” (Riwayat al-Baihaqi dan Abu Nuim)
Rasulullah s.a.w. bersabda: Lelaki yang memakai cincin emas di tangannya seolah-olah mengambil bara api kemudian ia diletakkan di tangannya. (Sahih Muslim) 


Rasulullah saw bersabda, "Tidaklah tumbuh daging dari makanan haram, kecuali neraka lebih utama untuknya." (HR At Tirmidzi). 
Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa yang suka melambat-lambatkan pekerjaannya maka tidak akan dipercepat hartanya." (HRMuslim)


 Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya, aku bertanya Rasulullah SAW: “Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?” Rasulullah SAW menjawab : “Ibumu.” Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?” Rasulullah menjawab: “Ibumu.” Kemudian aku bertanya: “Lagi siapa?” Rasulullah menjawab: “Ibumu.” Kemudian aku bertanya: “Lagi siapa?” Rasulullah menjawab, “Bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” [Riwayat al-Hakim]

"Sesiapa yang membuat ibu dan bapanya gembira (memberi keredhaan) maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah S.W.T." (Riwayat Bukhari)

Abdullah ibn Masud pernah bertanya kepada Nabi S.A.W: “Apakah amalan yang paling Allah sukai?” Baginda menjawab, “Solat tepat pada waktunya.” Abdullah ibn Masud bertanya lagi, “Kemudian apa?” Baginda menjawab, “Melakukan kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa.” Abdullah bertanya lagi, “Kemudian apa?” Nabi menjawab, “Jihad kerana agama Allah.” (Sahih Bukhari dan Muslim)

"Tidak ada pemberian ibu bapa yang paling berharga kepada anaknya daripada pendidikan akhlak mulia." (HR. Bukhari)

Sabda Rasulullah S.A.W: "Bertakwalah kepada Allah Subhanallahu wata'ala dan berlakulah adil terhadap anak-anakmu." (HR Bukhari dan Muslim) 

Abu Hurairah r.a. berkata, “Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya Allah S.W.T tidak melihat bentuk badan dan rupamu, tetapi Dia melihat / memperhatikan niat dan keikhlasan dalam hatimu.” (HR Muslim) 

Rasulullah S.A.W bersabda :“Sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, mereka hanyalah mewariskan ilmu. Barangsiapa yang mengambilnya, maka dia telah memperoleh keberuntungan yang banyak.” (HR Abu Dawud )
Sabda Nabi S.A.W: "Barangsiapa yg akhir perkataannya sebelum meninggal dunia adalah ‘laa ilaaha illallaah’, maka dia akan masuk syurga." (HR. Abu Daud) 

Sabda Rasulullah S.A.W: "Jauhilah kamu makan dan minum yg berlebih-lebihan, kerana yg demikian dapat merosak kesihatan tubuh." (HR.Bukhari) 
Rasulullah s.a.w bersabda: "Rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara; masa muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, sihat sebelum sakit, dan hidup sebelum mati." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Sabda Rasulullah s.a.w: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” [Riwayat Al-Tabrani]

Ada banyak lagi hadis-hadis untuk kita renungi.Insyaallah,saya akan kemaskinikan mengikut kategori setiap Hadis itu.Selamat beramal.Amar Makruf Nahi Mungkar.












 





No comments:

Post a Comment