Wednesday 3 October 2012

PESANAN IKHLAS UNTUK KAUM HAWA


Semoga Saudaraku semua akan mendapat manafaat dari blog ini.Apa yang ingin saya nyatakan dalam posting ini adalah mengenai cara berpakaian WANITA di zaman sekarang.Sepertimana yang kita semua sedia maklum,cara berpakaian WANITA sekarang amatlah menyedihkan apatahlagi jika melibatkan Umat ISLAM.
   Memang mengikut peredaran masa,cara berpakaian kita berubah demi mengikut trend semasa.Namun kita lupa apa yang dipesan oleh Junjungan Mulia kita Nabi Muhammad S.A.W mengenai pakaian.Rasulullah sendiri pernah menyatakan dalam salah satu Hadis yang membayangkan tentang cara berpakaian WANITA di zaman sekarang.Mereka memakai pakaian,tetapi seolah-olah bertelanjang.Apa yang dinyatakan Rasulullah S.A.W itu amat benar jika kita mengambil contoh pakaian kebanyakan WANITA sekarang.
   Memakai seluar dan baju yang ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh dan anggota badan yang mana ada bahagian yang dapat menaikkan nafsu syahwat kaum Adam yang melihat.Bersangkutan dengan itu,mulalah timbul berbagai-bagai masalah sosial yang kita sering mendengar seperti rogol,cabul kehormatan,sumbang mahram dan berbagai masalah lain yang bersangkut paut dengan cara berpakaian ini.
   Semua cara berpakaian yang menjolok mata ini adalah AGEN dari kaum ORANG KAFIR yang kita sedia maklum memang mengamalkan pakaian seperti ini.Kini ianya telas meluas diserata dunia dan dipraktikkan sendiri oleh sesetengah umat ISLAM.Pakaian yang beginilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah S.A.W.Sedih bila melihat.Tapi apakan daya,kita hanya mampu menegur,tapi yang berfikir adalah individu itu sendiri.
   Salahkah atau tidak selesakah kalau kita berpakaian SOPAN dan MENUTUP AURAT?Apakah kaum WANITA sekarang ini BANGGA dengan menunjukkan bentuk tubuh badan mereka kepada Kaum Adam?Astagfirullahalazim.Jika anda kaum HAWA yang membaca post saya ini,bertaubatlah sebelum AJAL menjemput anda.Jika anda Kaum ADAM,dengan rasa kasih sayang terhadap Saudara SeIslam,Berikanlah nasihat kepada Sanak Saudara anda jika anda mendapati ada yang berpakaian seperti yang dimaksudkan Rasulullah S.A.W itu.Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun.
   Marilah kita semua menaikkan martabat UMAT ISLAM dimata ORANG KAFIR,biar mereka tahu,kita ada cara kita sendiri dalam berpakaian dan tidak perlu meniru FESYEN seperti mereka.Agama ISLAM adalah sebuah Agama yang SANGAT MULIA.Kita Umat ISLAM mempunyai Identiti yang amat BAIK dan Islam tidak mengajak manusia ke arah yang GELAP.Bahkan ajaran ISLAM akan menerangi hati setiap INSAN yang mengikuti ajarannya dengan IKHLAS.
   Saya memohon jutaan MAAF jika ada perkataan atau ayat saya yang tidak betul.Atau ada yang terasa hati dengan tulisan saya ini,saya mohon maaf.Sesungguhnya yang BAIK itu adalah dari ALLAH S.W.T,yang TIDAK BAIK itu adalah dari kelemahan saya.Semoga kita merenungi kembali tentang topik yang saya rencanakan ini.AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR.ALLAHUAKBAR!!!!!!!

Tuesday 2 October 2012

KATAK (FROG)



Katak ialah sejenis haiwan amfibia dalam susunan Anura (bermaksud "tidak berekor", dari bahasa Greek: an-, tanpa + oura, ekor), dahulunya digelar Salientia(bahasa Latin saltare, "melompat"). Katak dewasa bercirikan kaki belakang yang panjang, badan yang pendek, jari berselaput, mata jongang dan ketiadaan ekor. Kebanyakan katak menjalani hidup mata jongang, tetapi juga mudah bergerak di daratan dengan melompat atau memanjat. Katak biasanya bertelur di lopak, kolamatau tasik; dan larvanya, iaitu berudu, berinsang dan bertumbuh dalam air. Katak dewasa merupakan haiwan maging yang gemar memakan haiwan artropod(terutamanya serangga), annelid dan gastropod. Katak paling dikenali dengan bunyi menguaknya yang boleh kedengaran tanpa kira siang atau malam, terutamanya ketikamusim mengawan.
Katak boleh didapati dari kawasan tropika ke subartik, tetapi kebanyakan spesis katak terdapat di hutan hujan tropika. Katak merupakan antara kumpulan vertebratayang paling banyak kepelbagaian, merangkumi lebih 5,000 spesis yang dikenali. Namun begitu, populasi spesis katak tertentu kian merosot.
Katak dan kodok sering dibezakan berdasarkan wajahnya yang disebabkanpenyesuaian yang tertumpu kepada persekitaran kering di kalangan haiwan yang bergelar kodok; bagaimanapun, pembezaan ini tiada dasar taksonominya. Satu-satunya famili yang diberi nama am "kodok" secara eksklusif ialah Bufonidae, tetapi banyak spesis dari famili lain turut dipanggil "kodok," dan spesis di bawah genus kodok Atelopus digelar "katak badut" (hnarlequi frogs).

Famili Anura

Anura merupakan orde dari alam amfibia dan terbahagi kepada beberapa famili seperti berikut:-
  1. Leiopelmatidae
  2. Discoglossidae
  3. Pipidae
  4. Rhinophrynidae
  5. Bufonidae
  6. Leptodactylidae
  7. Hylidae
  8. Ranidae
  9. Sooglossidae
  10. Rhacophoridae
  11. Microhylidae

[sunting]Jenis katak

 Caerulea3 crop.jpg


Pengelasan saintifik
Alam:Haiwan
Filum:Kordata
Subfilum:Vertebrat
Kelas:Amfibia
Order:Anura

LAUT MATI

  Laut Mati (Bahasa Ibraniים המלחBahasa Arabالبحر الميت‎) merupakan tasik air masin yang terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat. Pantainya berada di kedudukan serendah 418 m di bawah aras laut yang merupakan kedudukan terendah di atas daratan dunia dan juga tasik masin yang terdalam dengan kedalaman 330 m. Airnya mempunyai kemasinan kedua tertinggi di dunia selepas Laut Asal di Djibouti dengan kemasinansebanyak 33.7 %. Ini lebih kurang 8.6 kali lebih masin dari laut biasa. Oleh sebab itu tiada satu pun hidupan yang boleh hidup di dalamnya dan kapal tidak boleh berlayar di atas permukaannya. Tasik ini berukuran 67 km panjang dan 18 km lebar. Cabang sungai utamanya ialah Sungai Jordan.


    

Koordinat                     31°20′N35°30′EKoordinat31°20′N 35°30′E
Jenis tasikendorheik
hipersaline
Aliran masukSungai Jordan
Aliran keluarPemeluwapan
Kawasan tadahan40,650 km² (25,258 mi²)
Negara cekunganJordan
Wilayah Palestin
Panjang maksimum67 km (42 mi)
Lebar maksimum18 km (11 mi)
Kawasan permukaan810 km² (Lurah Utara)
Kedalaman purata120 m
Kedalaman maksimum330 m (1,083 ft)
Isipadu air147 km³ (91 mi³)
Panjang pantai1135 km (84 mi)
Permukaan peninggian-418 m (-1,371 ft)

Monday 1 October 2012

PERSATUAN TEATER ALOR SETAR (PENTAS)

Assalamualaikum wbt...
     Pengumuman kepada yang berminat dalam bidang TEATER,ini adalah berita baik dimana sebuah PERSATUAN TEATER yang baru akan ditubuhkan di ALOR SETAR oleh beberapa AKTIVIS TEATER VETERAN dan bakal didaftarkan tidak lama lagi.
    Nama persatuan : PERSATUAN TEATER ALOR SETAR 
    Ringkasan          : PENTAS
    Tempat              : TAMAN SENI BUDAYA ALOR SETAR

    Kepada SAHABAT yang berminat untuk menyertai kami,bolehlah hantarkan butiran peribadi (Nama penuh,Alamat dan No.I.C)  kepada saya sendiri - shahar6677@gmail.com atau kepada Saudara Ruhie Isma - ruhieisma@yahoo.com untuk tindakan lanjut.
   
   Setelah berdaftar,PENTAS akan mula bergerak secara AKTIF dalam bidang SENI dan seterusnya akan cuba untuk mengembangkan sayap hingga ke peringkat NASIONAL.Semua aktiviti akan diPANTAU oleh orang-orang LAMA dalam bidang TEATER.Jika anda sering mengikuti perkembangan TEATER dan SENI,janganlah persiakan peluang ini.Segala informasi tentang Persatuan akan dikemaskini dari semasa kesemasa.WASSALAM.