Wednesday 3 October 2012

PESANAN IKHLAS UNTUK KAUM HAWA


Semoga Saudaraku semua akan mendapat manafaat dari blog ini.Apa yang ingin saya nyatakan dalam posting ini adalah mengenai cara berpakaian WANITA di zaman sekarang.Sepertimana yang kita semua sedia maklum,cara berpakaian WANITA sekarang amatlah menyedihkan apatahlagi jika melibatkan Umat ISLAM.
   Memang mengikut peredaran masa,cara berpakaian kita berubah demi mengikut trend semasa.Namun kita lupa apa yang dipesan oleh Junjungan Mulia kita Nabi Muhammad S.A.W mengenai pakaian.Rasulullah sendiri pernah menyatakan dalam salah satu Hadis yang membayangkan tentang cara berpakaian WANITA di zaman sekarang.Mereka memakai pakaian,tetapi seolah-olah bertelanjang.Apa yang dinyatakan Rasulullah S.A.W itu amat benar jika kita mengambil contoh pakaian kebanyakan WANITA sekarang.
   Memakai seluar dan baju yang ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh dan anggota badan yang mana ada bahagian yang dapat menaikkan nafsu syahwat kaum Adam yang melihat.Bersangkutan dengan itu,mulalah timbul berbagai-bagai masalah sosial yang kita sering mendengar seperti rogol,cabul kehormatan,sumbang mahram dan berbagai masalah lain yang bersangkut paut dengan cara berpakaian ini.
   Semua cara berpakaian yang menjolok mata ini adalah AGEN dari kaum ORANG KAFIR yang kita sedia maklum memang mengamalkan pakaian seperti ini.Kini ianya telas meluas diserata dunia dan dipraktikkan sendiri oleh sesetengah umat ISLAM.Pakaian yang beginilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah S.A.W.Sedih bila melihat.Tapi apakan daya,kita hanya mampu menegur,tapi yang berfikir adalah individu itu sendiri.
   Salahkah atau tidak selesakah kalau kita berpakaian SOPAN dan MENUTUP AURAT?Apakah kaum WANITA sekarang ini BANGGA dengan menunjukkan bentuk tubuh badan mereka kepada Kaum Adam?Astagfirullahalazim.Jika anda kaum HAWA yang membaca post saya ini,bertaubatlah sebelum AJAL menjemput anda.Jika anda Kaum ADAM,dengan rasa kasih sayang terhadap Saudara SeIslam,Berikanlah nasihat kepada Sanak Saudara anda jika anda mendapati ada yang berpakaian seperti yang dimaksudkan Rasulullah S.A.W itu.Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun.
   Marilah kita semua menaikkan martabat UMAT ISLAM dimata ORANG KAFIR,biar mereka tahu,kita ada cara kita sendiri dalam berpakaian dan tidak perlu meniru FESYEN seperti mereka.Agama ISLAM adalah sebuah Agama yang SANGAT MULIA.Kita Umat ISLAM mempunyai Identiti yang amat BAIK dan Islam tidak mengajak manusia ke arah yang GELAP.Bahkan ajaran ISLAM akan menerangi hati setiap INSAN yang mengikuti ajarannya dengan IKHLAS.
   Saya memohon jutaan MAAF jika ada perkataan atau ayat saya yang tidak betul.Atau ada yang terasa hati dengan tulisan saya ini,saya mohon maaf.Sesungguhnya yang BAIK itu adalah dari ALLAH S.W.T,yang TIDAK BAIK itu adalah dari kelemahan saya.Semoga kita merenungi kembali tentang topik yang saya rencanakan ini.AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR.ALLAHUAKBAR!!!!!!!

No comments:

Post a Comment