Saturday 29 September 2012

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH



Kisah ini diriwayatkan daripada Rasulullah S.A.W sendiri.Abu Hurairah meriwayatkan daripada Baginda S.A.W bahawa ada seorang lelaki yang ingin menziarahi sahabatnya yang menetap disebuah kampung yang lain.
Maka ALLAH S.W.T telah menghantar Malaikat ke jalan yang dilaluinya untuk memerhatikan lelaki itu.
Apabila lelaki itu melalui jalan yang ditunggu oleh Malaikat itu,Malaikat bertanya: "Ke mana kamu ingin pergi?
Jawab lelaki itu dengan jujur: "Aku ingin bertemu saudaraku dikampung ini."
Malaikat bertanya lagi:"Adakah bagi kamu apa-apa nikmat yang akan kamu peroleh daripadanya?"
Lelaki itu menjawab:"Tidak.Aku menziarahinya hanya kerana aku menyayanginya kerana ALLAH."
Berkata Malaikat:"Sesungguhnya aku merupakan utusan ALLAH kepadamu untuk menyampaikan bahawa ALLAH Taala menyayangimu sebagaimana kamu menyayangi saudaramu kerana-Nya."
(Riwayat Muslim)
      Orang yang ikhlas besahabat kerana ALLAH tidak menaruh apa-apa kepentingan peribadi daripada hubungan persahabatan yang terbina.Bukanlah harta dan pangkat yang dicari walaupun sahabat mampu memberikan kelebihan seperti itu.Namun mereka yakin hakikat persahabatan yang baik itu hanya ALLAH yang mampu memberikan ganjaran yang terbaik.


(untuk renungan kita bersama)

3 PERKARA YANG HARUS DISEGERAKAN

ASSALAMUALAIKUM WBT...

Nabi S.A.W ada memberikan tiga perkara yang perlu disegerakan,tetapi bukan tergesa-gesa yang berasaskan kelalaian.
 "Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan,iaitu :
      -Solat apabila telah masuk waktunya

    - Jenazah yang telah siap (urusan mandi dan kafan)


       - Anak gadis jika sudah ditemui jodoh yang sesuai untuknya "
                                         
(Riwayat Al-Tirmizi)                                    

Friday 28 September 2012

Yngwie Malmsteen - Seventh Sign



Seventh Sign 

The earth is crumbling, the end is near
no one's listening, I'm filled with fear
hear the warning, in the prophet's word
day by day, we're destroying this world
no more water
no more blue skies
no one cares, no one tries
to save what we once had
world at war (a world at war)
rich and poor (rich and poor)
burn in hell (burn in hell)
hear dooms days bells (dooms days bells)
ringing loud (ringing loud)
I see black clouds
we are making lucifer so proud
world at war (a world at war)
rich and poor (rich and poor)
burn in hell (burn in hell)

hear dooms days bells (dooms days bells)
ringing loud (ringing loud)
I see black clouds
we are making lucifer so proud
blind leading the blind
no one sees the seventh sign
we're left behind
there's no more hope, the day has come
what we have done, can't be undone
too many years, we've lived in sin
we know for sure, the beast will win
fight fire with fire, to start to run
don't trust a liar, like we have done
we've lost the battle to the evil one
blind leading the blind
no one sees the seventh sign
we're left behind.

Ygwie Malmsteen - Prisoner Of Your Love


Prisoner Of Your Love lyrics

My heart
fell into the palms of your hands
this love
made me understand
I've waited all my life for you
thought i'd live and die alone
enraptured by the beauty
I'm a prisoner of your love
enslaved by the passion
I'm a prisoner of your love
I'm wrapped around your finger
like the ring on your hand
I'm trapped
by your love i'm yours, please understand
I've waited all my life for you

thought i'd live and die alone
enraptured by the beauty
I'm a prisoner of your love
enslaved by the passion
I'm a prisoner of your love
enraptured by the beauty
I'm a prisoner of your love
enslaved by the passion
I'm a prisoner of your love
enraptured by the beauty
I'm a prisoner of your love
enslaved by the passion
I'm a prisoner of your love.

SATU TITIK KOSONG-WINGS

Wings

Satu Titik Yang Kosong 


Titik dah bermula
Meliputi warna putih
Warna putih yang terpadam

Dimana silapku
Apakah yang sebenarnya
Kebenaran cintaku
Cintaku yang sebenar
Tak mungkin aku pisah
tak mungkin gelisah
Jika engkau damai

Langkah kiriku membawa kecundangan
Tak dapat hendakku elak lagi kawan-kawan
Yakinlah padaku yakinlah padamu
Diasmara kita

Biar lama kembali kekasih
Hanya didepan cermin sejati
Lukisan warna gemilang
Menjelma dilubuk mata hatiku sanubariku
Intan yang sebenarnya

Datanglah kepadaku seperti ku merinduimu
Datanglah kepadaku seperti ku merinduimu
Datanglah kapadaku seperti ku merinduimu
Datanglah kepadaku seperti ku merinduimu

RazakSAT (Medium Aperture Camera Satellite)

PENGENALAN RazakSAT

Pada masa sekarang, agensi-agensi di Malaysia yang memerlukan imej-imej satelit banyak bergantung pada data, imej dan maklumat yang diperolehi daripada satelit-satelit dari luar negara. Oleh sebab satelit-satelit tersebut berada pada kedudukan orbit yang kurang sesuai, imej yang diterima biasanya lambat dan tidak dapat memenuhi permintaan pengguna dan keperluan di Malaysia. 

     Sebuah Medium Aperture Camera Satellite (RazakSATTM), yang merupakan satelit kecil kedua Malaysia akan berupaya membekalkan imej data yang spesifik dan kerap kepada pengguna di Malaysia dan juga negara-negara yang terletak dalam linkungan khatulistiwa.

     Satelit ini membawa muatan elektro-optik dan Kamera Bukaan Saiz Sederhana (Medium-sized Aperture Camera) atau lebih dikenali sebagai MAC. Kamera ini merupakan kamera berjenis pushbroom yang terdiri daripada 5 pengesan berjenis linear (1 pengesan berjenis pankromatik dan 4 pengesan berjenis multi-spektra).

     Satelit ini akan dikendalikan melalui segmen buminya yang berada di Malaysia. Segmen bumi ini terdiri daripada Stesen Kawalan Misi (MCS) dan Stesen Penerimaan Dan Pemprosesan Imej (IRPS). MCS akan digunakan untuk mengawal dan melaksanakan misi RazakSATTM, termasuklah penghasilan arahan dan penerimaan maklumat satelit. IRPS pula digunakan untuk menerima dan menganalisa imej-imej RazakSATTM sebelum diedarkan kepada pengguna.

     RazakSATTM merupakan hasil kerjasama di antara Malaysia Astronautic Technology (M) Sdn Bhd (ATSB) dan Satrec Initiative Co. Ltd, Republic of Korea.

MeaSAT(Malaysia East Asia Satellite)





APAKAH MeaSAT?

Malaysia East Asia Satellite atau singkatannya MeaSAT adalah satelit swasta  pertama di Malaysia yang  dikendalikan oleh Measat Satellite Systems Sdn Bhd  yang dahulunya dikenali sebagai Binariang Sdn. Bhd.
     Dengan pembelian Sistem MeaSAT, Malaysia kini telah mengambil langkah yang penting dalam peningkatan infrastruktur dan sistem komunikasi negara. Sistem MeaSAT ini menyediakan khidmat langsung-ke-rumah (DTH-Direct-to-home) yang pertama di Malaysia, dan juga perkhidmatan komunikasi asas yang menjangkau dari India ke Hawaii dan dari Jepun ke Australia Timur. 

     Di antara perkhidmatan DTH adalah memancarkan program-program televisyen dan program-program pendidikan ke rumah pengguna menggunakan antena kecil.  Perkhidmatan komunikasi asas pula termasuklah perkhidmatan telefoni, televisyen, penyebaran data dan rangkaian perniagaan. Kedua-dua satelit MeaSAT di bina di El Segundo, California, oleh Hughes Space and Communications Company (HSC), di mana sekarang telah menjadi sebuah Pusat Pembangunan Satelit.

     Satelit pertama telah dilancarkan dengan menggunakan roket Ariane pada Januari 12, 1996, dari Kourou, French Guiana. Pelancaran satelit kedua pula telah dilakukan pada November 13, 1996, juga menggunakan roket Ariane. Selain itu, HSC juga telah membekalkan alat kelengkapan untuk stesen pengawasan satelit di Pulau Langkawi, Malaysia serta melatih jurutera-jurutera Malaysia untuk mengawal dan mengoperasi satelit. Model MeaSAT Hughes 376 ini mempunyai tiga kelebihan jika dibandingkan dengan versi lazim yang lain.

     Pertama, ia dapat memberikan lebih 40 peratus kuasa– iaitu melebihi 1200 watt dengan menggunakan sel-sel solar gallium arsenide berbanding dengan mengunakan silikon. MeaSAT-1 merupakan satelit komunikasi komersial yang pertama menggunakan sel-sel solar gallium arsenide.

     Keduanya, antena ringan dengan bentuk gandaan tinggi (high-gain shaped) buatan HSC digunakan buat pertama kalinya untuk MeaSAT Hughes 376.

     Ketiga, MeaSAT menggunakan sistem pendorong bipropellant, dan bukannya monopropellant bagi meningkatkan kecekapan pengawalan ketinggian dan kemaskinian stesen. MeaSAT-1 dijangka untuk beroperasi selama 12 tahun, manakala MeaSAT-2 selama 11 tahun.

     MeaSAT-3 merupakan satelit terbaru yang dibangunkan oleh Boeing Satellite Systems International Inc. dan dilancarkan dengan menggunakan Proton Breeze M. Ianya beroperasi untuk menyediakan perkhidmatan kepada negara-negara Asia, Australia, Timur Tengah, Eropah Timur dan Afrika Timur. 

     Satelit seterusnya yang akan dilancarkan pada awal tahun 2009 ialah MeaSAT-3a. MeaSAT-3a dibangunkan oleh Orbital Sciences Corporation, dan dijadualkan untuk dilancar oleh Zenit-3SLB.

SYABU / ICE SERTA KESANNYA


SYABU/ICE

ALAT MENGHISAP


Why Is METH Abused?

Picture

Methamphetamine can be taken orally, snorted, smoked or injected, in approximately increasing order of immediacy of onset. Onset can be immediate (in the case of injection), or can take as long as 30-40 minutes if ingested orally. Duration is subjective, but is probably on the order of 4 - 8 hours. Delayed absorption (for example, due to oral ingestion) can prolong the effects relative to time of administration. Of course, larger doses last longer due to the fact that it is removed from the blood at a finite rate. The length of time that methamphetamine will stay in the plasma (blood) is between 4 to 6 hours. It can be detected in the urine one hour after use and up to 48 hours after use.

KESAN JANGKA PANJANG PENGAMBILAN ICE/SYABU


JIKA ANDA SALAH SEORANG DARI PENGAMAL SYABU/ICE,HENTIKANLAH SEBELUM TERLEWAT!!!!

Jerebu : Panduan Kesihatan Untuk Anda



Apakah Jerebu?
Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.
Punca - Punca Jerebu
Punca utama jerebu adalah akibat daripada :
  • Pembakaran Secara Terbuka
  • Asap Dari Kilang
  • Asap Dari Kenderaan
HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.
Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-
NILAI IPUSTATUS
0 - 50Baik
51 - 100Sederhana
101 - 200Tidak Sihat
201 - 300Sangat Tidak Sihat
301 - 500Berbahaya
Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.
JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Mereka yang mengalami penyakit
    • asma
    • bronkitis
    • radang paru-paru
    • penyakit paru-paru yang kronik
    • jantung
    • alahan
  • Perokok
  • Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
  • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  • Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
  • Mata terasa pedih dan berair.
  • Hidung berair dan kerap bersin.
  • Kulit badan terasa gatal-gatal.
  • Terasa sakit dada.
Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-
  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.
29-9-2012

TERJEMAHAN SURAH AL-FATIHAH

                                        
                                  Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.

[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat
.


KEK UNIK















Wednesday 26 September 2012

3 GOLONGAN MANUSIA

Assalamualaikum WBT....
MANUSIA dibahagikan kepada tiga golongan iaitu :

Hidup demi dunia semata-mata.
  ALLAH SWT berfirman yang bermaksud : "Dan tentu mereka akan mengatakan (pula):'Hidup ini hanyalah kehidupan kita didunia ini sahaja,dan kita sekali-kali tidak akan dibangkitkan." (Surah Al-An'am ayat 6:29)
  Golongan ini ialah golongan yang kufur dengan nikmat ALLAH dan mengingkari hari kebangkitan.

Golongan yang percaya kewujudan akhirat namun...
  Namun mereka tidak berusaha kearah mencapai kebahagiaan 'disana'.Mereka selamba bersuka ria dan berhibur didunia tanpa berusaha gigih untuk menggapai kebahagiaan diakhirat.

Golongan yang menganggap dunia ini ladang akhirat.
  Mereka menanam disini untuk menuai diakhirat kelak.ALLAH berfirman yang bermaksud :"Dan tiadalah kehidupan didunia ini,selain daripada main-main dan gurau senda belaka.Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertaqwa.Maka tidakkah kamu memahaminya?" (Surah Al-An'am ayat 6:32)

DI MANA agaknya kita?



BOLEH BUAT MAKSIAT,DENGAN SYARAT...

Assalamualaikum WBT...
Dalam kitab al-Tazkirah fi Ahwal al-Mawta wa Umur al-Akhirah oleh Imam al-Qurtubi,diceritakan berkenaan seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk mencari hidayah telah bertemu dengan seorang sufi yang hebat,iaitu Ibrahim Adham.
Beliau bertanya,apakah ada ruang kepada beliau untuk melakukan maksiat.Lalu dijawab oleh Ibrahim Adham :
"Kamu boleh melakukan maksiat dengan syarat :
1. Jangan kamu makan rezeki  ALLAH kerana tidak layak orang yang makan rezeki ALLAH itu derhaka kepada ALLAH.

2. Jangan kamu tinggal dibumi ALLAH kerana tidak layak orang yang tinggal dibumi ALLAH melakukan maksiat dan penderhakaan kepada-Nya.

3. Buatlah maksiat ditempat yang ALLAH tidak nampak akan kamu.

4. Sekiranya Malaikat Maut datang hendak mencabut nyawamu,maka katakanlah kepada Malaikat Maut untuk menangguhkan sedikit masa lagi umurmu supaya engkau sempat bertaubat.Sekiranya engkau dapat melakukan perkara tersebut,maka dipersilakan untuk melakukan maksiat.

5. Sekiranya Malaikat Zabaniah yakni Penjaga Neraka datang hendak mengheretmu kedalam neraka,maka katakanlah kepadanya bahawa kamu tidak akan mengikutinya.Sekiranya engkau dapat berbuat demikian,maka dipersilakanlah untuk melakukan maksiat.

Setelah mendengar kata-kata tersebut,lelaki itu menangis teresak-esak kerana dia sedar bahawa tidak layak bagi seorang hamba ALLAH untuk melakukan maksiat.Akhirnya lelaki itu menemui jalah Hidayah.Dia bertaubat kepada ALLAH SWT dengan bersungguh-sungguh.Sejak itu,dia bersegera menuntut ilmu dan beramal dengannya serta menjadi hamba ALLAH yang soleh.

Monday 24 September 2012

LIRIK UNTUK DIA-SLEEQ/NAJWA


UNTUK DIA
[Sleeq]
Kuatkan radio, kuatkan radio anda
Kuatkan radio, kuatkan radio
Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Dia penuh gaya, semuapun nak bayar
Memang selalu belanja
Mungkin anak orang kaya
Kadang kala pabila
Dia ke Singapura
Tak duduk rumah saudara
Dia inginkan Shangrila
Bertemu di Facebook
Beberapa hari kemudian
Mungkin gua comel kot
Ajak ku jumpanya di KL, Ooh KL
Oh lupa bilang gadis ni KL
Tak cakap kosong dia memang begini
Akhirnya dapat tahu dia punyai lelaki
Lelakinya pula kan bawa Mercedez
Apa saja dia minta dia memberi tetapi
Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu, ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
[Najwa Latif]
Engkau Punya Gaya
Walaupun tak kaya
Bukan paras rupa yang aku pandang sahaja
Mungkin kau lihat ku
Ku banyak berbelanja
Tapi sebenarnya ku biasa-biasa saja
Bertemu di MukaBuku
Ku jatuh hati padamu
Bukan tak nak mengaku
Tapi hati rasa malu
Senyum mu menawan menawan
Kau buat hatiku tertawan
Ada sesuatu yang kau perlu tahu
Tentang diri aku dengan lelaki itu
Meski dia bisa beriku apa sahaja
Tapi itu semua tidak boleh beri bahagia (bahagia)
Itu bukan segalanya
[Sleeq]
Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
[Najwa Latif]
Jadi engkau yang patut, yang patut
Memberiku segala
Kerna engkau mampu, ya engkau mampu
Melakukan apa-apa saja
Untuk aku (okay)
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku (untuk kamu)
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku

LIRIK INTIFADA - RABBANI


INTIFADA
Merdu lafaz syahdu
Jiwa pun merindu
Merakam rasa rindu
Gemersiknya Lagu
Angin kota cahaya
Bertiup berarak
Kencang meredah maya
Hanya untuk Dia
Bangkit segar seirama
Meluruskan rentak safnya
Riuh-rendah basah lidah
Kalam wahyu mewangi di taman
Oh… semerbak harum bingkisan annur
Berterbangan tinggi ke Intifada
Oh merentas misi risalah suci
Mewangikan taman yang dicemari
Gema siang malam
Alunan suara
Burung turut bernyanyi
Zikir tidak henti
Lunak diukir seni
Halus menghiasi
Persada alam ini
Hidup tidak mati
Masihkah punya bicara
Menjalinkan yang terpisah
Semarak terus berusaha
Pastinya ia akan berjaya

LIRIK LAGU DERITA CINTA-JAMAL ABDILLAH


Derita Cinta


Biarkan gelora melanda hati
Biarkan tangisan merintih
Begitulah pedihnya
Jiwa oh kasih
Kiranya panas yang kuharapkan
Tetapi derita yang tiba
Begitulah suratan hidup
Insan bercinta
Dulu aku pernah menderita
Bila hatiku kau lukakan
Oh… oh… kini kau pula merasakan
Bersama dia yang kau puja
Padaku usah kau merayu
Hatiku telah dimilikki
Cukuplah yang kurasa duka
Derita cinta

promosi FREE LCD TV,i-Phone 4S dan banyak lagi!!!

Assalamualaikum WBT.Ini adalah promosi dengan setiap pembelian TONER/Ink Cartridges dari saya.Promosi ini akan berakhir pada bulan DECEMBER 2012.Jika ada sebarang pertanyaan,sila hubungi/e-mail saya.TQ.Wassalam.

KEWUJUDAN PIRING TERBANG.ILLUSI?


Piring terbang
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.



Sebuah UFO di Meersburg, Jerman
Piring terbang (juga dipanggil UFO) yang sering dimaksudkan ramai ialah sejenis objek terbang atau fenomena optik yang tidak dikenali. Ia dikatakan merupakansebuah kapal angkasa yang dinaiki makhluk asing (juga dipanggil E.T.). Ribuan manusia telah mengaku bahawa mereka telah melihat piring terbang, dan menangkap gambarnya. Dikatakan bentuk piring terbang itu berbeza-beza, ada yang pipih seperti piring, bulat seperti bola dan lain-lain. Warnanya juga bermacam-macam, malah ada piring terbang yang berubah warnanya apabila ditatap lama-lama.


Namun, sehingga kini kewujudan piring terbang masih tidak dapat dipastikan. Dalam kebanyakan kes, objek yang dianggap sebagai piring terbang itu sebenarnya ialah sejenis belon cuaca. Boleh jadi juga objek itu merupakan sebuah satelit,belon angkasa,setompok awan, sebuah tahi bintang,komet, sejenis bintang ataupun sekadar bunga api yang meletup di udara. Belum terdapat apa-apa bukti yang mengatakan bahawa planet kita telah dikunjungi makhluk asing dari planet lain.
Penggunaan istilah "piring terbang" pertama kali digunakan oleh juruterbang Kenneth Arnold yang melihat sembilan objek terbang aneh dalam suatu formasi di atas Gunung Rainier di pergunungan Cascade, USA. Peristiwa itu terjadi pada 24 Jun 1947. Sejak itu, hal UFO banyak diperkatakan orang. Ia turut pernah dibicarakan di forum PBB pada 27 November 1978.