Wednesday 26 September 2012

3 GOLONGAN MANUSIA

Assalamualaikum WBT....
MANUSIA dibahagikan kepada tiga golongan iaitu :

Hidup demi dunia semata-mata.
  ALLAH SWT berfirman yang bermaksud : "Dan tentu mereka akan mengatakan (pula):'Hidup ini hanyalah kehidupan kita didunia ini sahaja,dan kita sekali-kali tidak akan dibangkitkan." (Surah Al-An'am ayat 6:29)
  Golongan ini ialah golongan yang kufur dengan nikmat ALLAH dan mengingkari hari kebangkitan.

Golongan yang percaya kewujudan akhirat namun...
  Namun mereka tidak berusaha kearah mencapai kebahagiaan 'disana'.Mereka selamba bersuka ria dan berhibur didunia tanpa berusaha gigih untuk menggapai kebahagiaan diakhirat.

Golongan yang menganggap dunia ini ladang akhirat.
  Mereka menanam disini untuk menuai diakhirat kelak.ALLAH berfirman yang bermaksud :"Dan tiadalah kehidupan didunia ini,selain daripada main-main dan gurau senda belaka.Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertaqwa.Maka tidakkah kamu memahaminya?" (Surah Al-An'am ayat 6:32)

DI MANA agaknya kita?



No comments:

Post a Comment