Saturday 29 September 2012

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH



Kisah ini diriwayatkan daripada Rasulullah S.A.W sendiri.Abu Hurairah meriwayatkan daripada Baginda S.A.W bahawa ada seorang lelaki yang ingin menziarahi sahabatnya yang menetap disebuah kampung yang lain.
Maka ALLAH S.W.T telah menghantar Malaikat ke jalan yang dilaluinya untuk memerhatikan lelaki itu.
Apabila lelaki itu melalui jalan yang ditunggu oleh Malaikat itu,Malaikat bertanya: "Ke mana kamu ingin pergi?
Jawab lelaki itu dengan jujur: "Aku ingin bertemu saudaraku dikampung ini."
Malaikat bertanya lagi:"Adakah bagi kamu apa-apa nikmat yang akan kamu peroleh daripadanya?"
Lelaki itu menjawab:"Tidak.Aku menziarahinya hanya kerana aku menyayanginya kerana ALLAH."
Berkata Malaikat:"Sesungguhnya aku merupakan utusan ALLAH kepadamu untuk menyampaikan bahawa ALLAH Taala menyayangimu sebagaimana kamu menyayangi saudaramu kerana-Nya."
(Riwayat Muslim)
      Orang yang ikhlas besahabat kerana ALLAH tidak menaruh apa-apa kepentingan peribadi daripada hubungan persahabatan yang terbina.Bukanlah harta dan pangkat yang dicari walaupun sahabat mampu memberikan kelebihan seperti itu.Namun mereka yakin hakikat persahabatan yang baik itu hanya ALLAH yang mampu memberikan ganjaran yang terbaik.


(untuk renungan kita bersama)

No comments:

Post a Comment