Piring terbang
Daripada Wikipedia,
ensiklopedia bebas.
Sebuah UFO di Meersburg,
Jerman
Piring terbang (juga dipanggil UFO) yang sering dimaksudkan
ramai ialah sejenis objek terbang atau fenomena optik yang tidak dikenali. Ia
dikatakan merupakansebuah kapal angkasa yang dinaiki makhluk asing (juga
dipanggil E.T.). Ribuan manusia telah mengaku bahawa mereka telah melihat
piring terbang, dan menangkap gambarnya. Dikatakan bentuk piring terbang itu
berbeza-beza, ada yang pipih seperti piring, bulat seperti bola dan lain-lain.
Warnanya juga bermacam-macam, malah ada piring terbang yang berubah warnanya
apabila ditatap lama-lama.
Namun, sehingga kini kewujudan piring terbang
masih tidak dapat dipastikan. Dalam kebanyakan kes, objek yang dianggap sebagai
piring terbang itu sebenarnya ialah sejenis belon cuaca. Boleh
jadi juga objek itu merupakan sebuah satelit,belon angkasa,setompok awan,
sebuah tahi bintang,komet, sejenis bintang ataupun sekadar bunga api
yang meletup di udara. Belum terdapat apa-apa bukti yang mengatakan bahawa
planet kita telah dikunjungi makhluk asing dari
planet lain.
Penggunaan istilah "piring terbang"
pertama kali digunakan oleh juruterbang Kenneth Arnold yang melihat sembilan
objek terbang aneh dalam suatu formasi di atas Gunung Rainier di pergunungan
Cascade, USA. Peristiwa itu terjadi pada 24 Jun 1947. Sejak itu, hal UFO banyak
diperkatakan orang. Ia turut pernah dibicarakan di forum PBB pada 27 November
1978.
No comments:
Post a Comment