Saturday 15 September 2012

Ucapkanlah Salam


Kepada semua Saudara yang dihormati,
Budaya memberi salam ini sebenarnya bukan hanya diamalkan oleh Umat Islam sahaja,malah seluruh umat      manusia mempunyai berbagai cara memberi salam kepada insan yang lain.Kita umat Islam adalah diwajibkan menjawab setiap salam yang diberikan kepada kita.Sesungguhnya Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W sendiri pernah bersabda maksudnya :  “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”-
 Riwayat Al-Tabrani.
PERKARA pertama yang Nabi saw sampaikan ketika berada di Al-Madinah Al-Munawwarah adalah : " Wahai manusia, berikanlah salam, beri lah makan, jalinkanlah silaturrahim solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur nescaya kamu akan memasuki syurga dengan selamat sejahtera( Riwayat Ahmad no 24513, Ibn Majah no 3374,al-Baihaqi dalam al-Syu’ab no 8490 ).
*Salinan dari Zahazan.net
Antara hukum hakam yang menarik mengenai salam adalah : 
  1. Makruh memberi salam dengan ucapan “Alaikumus salam.” Rasulullah s.a.w. bersabda apabila Jabir r.a. memberi salam dengan lafaz tersebut, “Jangan kamu mengatakan alaikas salam.” Dalam riwayat Abu Daud disebut, “Kerana sesungguhnya ucapan alaikas salam itu adalah salam untuk orang yang telah mati.” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi) 
  2. Dianjurkan mengucapkan salam sebanyak tiga kali di khalayak ramai. Di dalam hadis Anas disebut bahawa: “Nabi s.a.w. apabila Baginda mengucapkan sesuatu kalimah, ia mengulanginya tiga kali. Dan apabila ia datang kepada sesuatu kaum, ia memberi salam kepada mereka tiga kali.” (Riwayat al-Bukhari)
  3. Termasuk dalam sunah memberi salam seperti berikut:
  • Orang yang berkenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan kaki. 
  • Orang yang berdiri/berjalan memberi salam kepada orang yang sedang duduk.
  • Individu (seorang) memberi salam kepada kelompok ramai dan kelompok yang sedikit memberi salam kepada kelompok yang lebih ramai.
  • Orang yang muda memberi salam kepada orang yang lebih tua.
  • Disunatkan meninggikan sedikit suara memberi dan menjawab salam, supaya jelas didengar, kecuali seandainya ada orang yang sedang tidur.
  • Disunatkan memberi salam sewaktu masuk ke sesuatu majlis dan ketika keluar dari majlis. 
  • Disunatkan memberi salam ketika masuk ke rumah walaupun rumah yang kosong. 
  • Makruh memberi salam kepada orang yang sedang qada hajat. 
  • Disunatkan memberi salam kepada anak-anak. 
  • Tidak memulai memberi salam kepada orang bukan Islam. Namun sekiranya mereka yang mendahulukan memberi salam, maka jawablah: “Wa’alaikum.”
  • Disunatkan memberi salam kepada sesiapa jua sesama Muslim, sama ada yang dikenali atau tidak. 
  • Sunat menjawab salam yang dikirimkan melalui orang lain. 
  • Jangan memberi salam dengan isyarat melainkan ada keuzuran seperti sedang solat, bisu atau jarak yang agak jauh. 
  • Digalakkan berjabat tangan, kecuali dengan wanita atau lelaki yang bukan mahram. 
  • Haram membongkokkan badan atau sujud sebagai tanda penghormatan semasa memberi salam.

Salam juga mempunyai AURA yang amat hebat kerana dengan memberi Salam,jiwa kita akan menjadi lebih mesra dengan jiwa insan yang diberikan salam.Maka dengan ini,marilah kita sama-sama mengamalkan budaya memberi salam ini.Semoga kita semua akan rirahmati Allah S.W.T.Selamat beramal.

No comments:

Post a Comment